The Love Cycle


Love
You fall in
You fall out
You love
Be loved
Or not
You fall again
You hurt
You bleed
But you'll fall again
It's a vicious cycle
Love

Kenapa lambat?

"Kenapa lambat?" Dia tanya. Dia tak pandang pun. Wajahnya ke kaca tv. Ku terus berdiri di muka pintu. Ku diam juga. Dia pun diam. Tunggu jawabku. Sudah lama benar dia tunggu. Hujan lebat yang baru mereda masih bersisa dengan hawa dinginnya. Ku sejuk dalam basah kuyup. Masih ku di pintu. Dan dia terus tengok tv. Berita tempatan. Dia tanya lagi, "Kenapa lambat?"

"Maaf..." Perlahan ku ucapkan itu.
"Dah terlambat." 
"Tapi sempat lagi untuk sekali ini saya cakap yang saya cintakan awak." Akhirnya, ku luahkan jua.

Dia berpaling. Tapi ku tiada lagi di muka pintu.

Dari tv, terdengar laporan pemberita, "...mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital..."

p.s. seremmmmmmm tak?

Duduk dan Royan

Pada suatu malam, ku duduk di dalam kereta ku. Malam itu malam yang salepas Isyak. Ku mahu pulang ke ibu kota salepas berhujong minggu bersama keluarga tercinta. Lalu ku terus memandu, sa-orang. Sebenarnya jiwa ku sedang kacau pada ketika ittew. Tak berapa hari lagi, dia akan menjadi milek orang lain. Tapi ku tak dapat berbuat apa ntuk menghalang. Siapa yang bisa menghalang jodoh ketentuan-Nya? Ku merancang tapi perancangan-Nya lebih agung.

Dan ku masih cuba ntuk menerima dengan reda akan perancangan dan ketentuan itu, sampai sekarang pun.

Ok. So. Sekarang ku sudah duduk dalam kereta ku. Bila masanya nak meroyan?

Lalu ku putuskan ntuk meroyan apabila sampai ke Lebuhraya Karak. Dan bagaimanakah cara yang paling seswai ntuk meroyan sambil duduk memandu? Boleh aja pasang lagu kuat2 kan?

Tapi ku menangis.

Ku menangis. Menangis. Menangis. Menangis. Sampai Tol Gombak. Kemudian pakai Tounch 'n Go supaya tak kantoi muka kembang sebab nangis dengan jurutol yang kebanyakannya harus lah gades2 manis.

Kadang kala, kita terpaksa duduk dalam kereta dan meroyan dengan kekdah menangis. Sekian. Atau kesian?

p.s. Someone like you is just not you.