Tips Menggoda Halim

Lanjutan daripada status di Facebook ku - Halim Pingu Toha sedang mencari cinta. Jadi sila lah menggoda beliau. 10 hours ago, maka ku lampirkan tips ntuk menggoda ku demi manfaat bersama. Sila lah mempraktikkan tips2 ini supaya ku taw anda sedang menggoda ku dan ku, in turn, akan menggoda anda juga, dan kemudian, kita sama2 jatuh cinta. Boleh?

Here are the tips:

1. jika anda bercakap English dengan ku, sila menggunakan accent British.

2. jika anda bernyanyi, sila pastikan lagu tersebut boleh di-sing-along oleh ku juga. Contoh: Katy Perry's Teenage Dream. Pastikan ianya a bit jazzy.

3. jika anda makan fries, offerkan fries tersebut kepada ku. KESEMUANYA! Jika anda tak berniat menggoda ku pun, ku akan tetap merampas fries tersebut dari anda. But I'll only take 3/4 of it.

4. jika anda bercerita, pastikan cerita tersebut mempunyai unsur2 yang melibatkan imaginasi melalui lakonan semula dan berupaya membuat ku ketawa sampai sehingga sesak nafas. Pastikan anda menghanjing diri anda seniri supaya ku akan ingat imaginasi tersebut sampai bila2.

5. rajin2 lah post 'awak!' di wall Facebook ku.

6. jika anda SMS/menge-call ku, sila lah perkenalkan diri terlebih dahulu. Nyatakan juga tujuan utama anda, iaitu ntuk menggoda ku. Ku boleh di-SMS/di-call di talian 01X-XXXXXXX.

7. jika anda berjalan2 di depan ku, sila berpaling pandang ku lebih dari 2 kali atau merenung ku lebih dari 3 saat supaya ku perasan akan cobaan anda menggoda ku. Nescaya ku akan merenung anda dengan muka siyes demi menjaga macho ku.

8. jika anda mengajak ku keluar ke tempat asing, pastikan anda memberi notis 8 jam sa-bulumnya supaya ku dapat memikirkan pakaian apakah yang harus ku gayakan, dan supaya ku sempat google directions ke tempat tersebut.

9. sila jangan tanya 'bila novel baharu nak keluar?' Sebaliknya tanya lah, 'bila kita nak keluar lagi?'

10. senang cakap, tanya ku 'saya suka awak, awak suka saya, boleh?' atau 'JOM NIKAH 11.11.2011 atau 21.12.2012!' Dengan segera ku akan memberi jawapannya. Dan kita tak perlu buang masa with this game of love.

Renung2kan dan selamat menggoda ku!


Mimpi



Suboh tadi hujan turun dengan lebatnya. Dan ku bermimpi. Hujan masih lebat. Dalam hati ku kata, 'Musti banjir.' Ku selak langsir kamar dan melihat ke luar. Subhanallah! Ku lihat bulan mengambang penoh. Bulan terlalu dekat dengan bumi! Separoh langit penoh dengan bulan sampai mencecah ke horizon, malah cecah ke bumbung langit. Ku lihat air naik tinggi. Air pasang maha besar. Tak terlihat darat. Seolah2 kamar ku di tengah2 lautan. Hakikatnya ku tahu rumah ku di tepi pantai. Lalu ku kata, 'Ini bah besar.'

Kemudian ku tak ingat apa2 lagi.

...
......
.........

Apakah agaknya maksud mimpi itu?

Soalan Itu....

Sebulum anda tanya soalan maut ini pada ku - BILA MAW KAHWIN?, izinkan ku tanya anda dulu;

DENGAN SIAPA? dan anda akan tanya TAKKAN TADAK CALON LAGI KOT? ku tanya SIAPA MAW KU? dan anda tanya TADAK AWEK KAH? ku tanya SIAPA KU? dan anda tanya KO RAMAI PEMINAT KAN? ku tanya BELIAU-BELIAU KENAL KU KAH? anda tanya RAMAI SANGAT CALON KOT? ku tanya LAYAK KAH?

dan soalan2 ini akan berturut2 menggasak hati ku;

Si X kacak, memang harus ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak. Tapi si Y tak kacak pun ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak.

KU KACAK KAH? KU TAK KACAK KAH?

Si B kaya, memang harus ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak. Tapi si C tak kaya pun ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak.

KU MAMPU KAH? KU TAK MAMPU KAH?

Si M player, memang harus ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak. Tapi si N tak player pun ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak.

MAIN2 KAH KU? TAK SETIA KAH KU?

Si H baik, memang harus ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak. Tapi si I tak baik pun ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak.

BAIK SANGAT KAH KU? JAHAT SANGAT KAH KU?

Si T sangat romantik, memang harus ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak. Tapi si U tak romantik pun ada awek/dah tunang/dah kahwin/dah beranak-pinak.

CHEESY SANGAT KAH KU? TADAK PERASAAN LANGSUNG KAH KU?

Jadi fahami lah. Amat payah ntuk ku menjawab soalan anda - BILA MAW KAHWIN? walaupun ku dengan cepat2 menjawab 21.12.2012.

dan betapa sakitnya hati ku ntuk menjawab pertanyaan anda dengan senyuman dan HUAHUAHUA.

:'(



BENGKEL PENULISAN: Asas Pembinaan Kreatif 1 (Novel Umum)

Tarikh: 12 Disember 2010
Hari: Ahad

Masa: 9 pagi-5 petang

Tempat: Bandar Baru Bangi

Pengendali Bengkel: Noor Suraya

Jumlah peserta: 20 orang

Bayaran kursus: PERCUMA (dan makanan disediakan)


Penyertaan

Syarat umum

a) Berumur 18 tahun ke atas
b) Berminat dalam penulisan novel dan bersedia untuk menerima pandangan serta kritikan untuk penambahbaikan manuskrip
c) Berminat untuk menulis dan menjadi warga Jemari Seni Publishing
d) Belum pernah ada novel yang diterbitkan atau akan diterbitkan di mana-mana syarikat penerbitan
e) Tidak menunggu mana-mana keputusan penerbitan, daripada mana-mana syarikat penerbitan


Syarat khusus

Memandangkan tempat terhad, sekiranya anda telah memenuhi kriteria a-e, anda perlu menghantar biodata diri (atau resume), sinopsis cerita, dan tiga bab awal untuk dinilai terlebih dahulu ke jemariseni.karya@gmail.com (up: Puan Mariah Mustapha). Pemilihan peserta berdasarkan Jemari Seni Publishing tertarik dengan kebolehan kreatif anda.

Peserta akan mendapat bimbingan bengkel daripada:

Saudara Imaen (Penulis/Editor Kanan)
Saudari Rnysa (Penulis)

Saudara Pingu Toha (Penulis)

Saudari Iman Xara (Penulis)

Puan Mariah Mustapha (Pengurus Penerbitan)



~ Tautan Jemari Sebarkan Seni ~