Surat Cinta Rasmi

I was cleaning my work PC's Recycle Bin when I came across this deleted letter. It was actually written by one of my staff, about a month before I came to the office, for a girl he fell for. They've already broke up. I also found out that another staff sent the same letter to her now-fiance.

I do not change anything here, only the names, to protect his/her privacy.




XXX


YYY

Saudari,

MEMOHON MENJAWAT JAWATAN SEBAGAI KEKASIH SETIA

Dengan penuh hormat dan takzimnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah salah seorang peminat saudari yang jelitawan lagi budiman, dan saya sudah sekian lama memendam perasaan kasih dan cinta terhadap saudari.

3. Saya telah mendapat nasihat rakan-rakan sepejabat dan doktor peribadi saya dan disahkan sedang menghidapi penyakit angau yang keterlaluan terhadap saudari.

4. Sehubungan itu saya memohon jasa baik saudari agar menimbang permohonan saya untuk menjawat jawatan sebagai kekasih sejati saudari. Saya berjanji akan menjadi seorang kekasih yang romantis, setia, tabah, tidak suka merajuk dan selalu membeli bunga untuk saudari. Selain itu juga, saya berjanji akan mencintai dan menjaga saudari hingga ke akhir hayat saya di dunia ini.

5. Perhatian saudari berhubung permohonan ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih dan Aku cinta padamu.

“SAYA SAYANG AWAK”
“BUDI BAHASA BUDAYA KITA”

Sekian,

Yang Jatuh Cinta Padamu,
(XXX)




P/S: Sekarang ku sudah ada rahsia ntuk ugut beliau, kalau beliau pecahkan rahsia ku! HUAHUAHUA

Bila Malam Langit Tersenyum


Dan langit malam itu tersenyum kepada ku
akal ku menelah;
itu Zuhal dan Musytari
bak bintang di pandangan mata
di hujung sehiris bulan
tapi langit malam itu senyum
bukan hanya untuk ku
untuk semua yang mendongak
lalu hati mereka tunduk
dalam takjub berzikir "Subhanallah"



P/S: Fenomena langit tersenyum telah ku saksikan di langit 1 Disember 2008 yang lalu.