Hey, anda!

Di



sila lah ke



pada tarikh-tarikh berikut,



ntuk mendapatkan

dan/atau

dan, (kalau sudi) berjumpa



atau penulis-penulis



yang lebih BEST! dari ku. (Ku faham, tak mengapa...)

huahuahua

Thank you. Thank you all.

19


Pada jam 4.07 pagi, 7 Mac bebebeberapa tahun yang lalu, ku lahir. Tahun ini tahun hidup ku yang kesembilanbelas. Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur ku untuk terus hidup dan meneruskan kehidupan.

Sembilanbelas tahun... satu jangka masa yang sangat panjang ntuk ku. Satu rekod baharu! Harap-harap, tahun depan ku akan dapat mengatasi rekod umur hidup ini. Doakan ku panjang umur, sepanjang-panjang umur ku!

Tak sangka, ya... dah lama betul ku hidup. Tapi tak tahulah berapa lama yang ku benar-benar 'hidup'. Tak tahu pula sampai bila ku akan hidup.

InsyaALLAH, ku akan berusaha ntuk hidup sehidup-hidupnya.

Seperti biasanya, ku tak sambut BESTday ku dalam erti kata nyanyi-lagu-birthday-tiup-lilin-potong-kek. Beberapa kali, ku langsung terlupa BESTday ku! Terpaksalah mama atau adek atau teman-teman ku yang mengingatkan... ish ish ish.

Yang paling awal wish, ialah mama. Terima kasih mama kerna melahirkan ku ke dunia. Terima kasih papa juga kerna menerima ku sebagai anakmu selama ini.

Tapi apa2hal pun, kalian memang BEST!

TERIMA KASIH kerna mengingatkan ku, mendoakan ku dan menyayangi ku sepanjang 19 tahun ini.

Ku jarang dapat hadiah BESTday. Memanglah seronok kalau dapat hadiah, tapi ku tak mengharap. Ucapan dan doa sudah cukup. Lagi pun ku agak fussy. Kalau anda belikan ku hadiah dan ku tak suka, ku terpaksa berpura-pura suka! Anda suka kah begitu?

Memanglah , it's the thought that counts. Tapi, sudah sifat ku, kalau ku tak suka, ku memang tak suka.

Lalu, seperti selalunya, ku akan beli hadiah BESTday ku sendiri. Ku akan manjakan diri ku sendiri. Memang setiap bulan pun, ku akan beli hadiah ntuk diri sendiri. huahuahuahua

Jadi, jika anda ingin belikan ku hadiah, eloklah berikan ku wang aja. Biar ku beli sendiri, boleh? huahuahuahuahua

Tapi setiap kali ku dapat hadiah, ku akan jadi terharu. Tak kiralah apa jua bentuknya, berapa jua harganya... ku memang teruja kalau dapat hadiah.

Tak kiralah apa jua hadiah itu, entah macam mana, ia akan jadi cantik dan unik dan istimewa dan owsem di mata ku.

Betul. It's the thought that counts.

Jadi, TERIMA KASIH kepada mereka yang pernah mengirim ku hadiah. Anda juga cantik, unik, istimewa dan owsem seperti hadiah itu!

Owh. Tahun ini tiada hadiah ntuk BESTday ku. Atau mungkin belum lagi. Sesiapa yang cantik, unik, istimewa dan owsem, silalah menghadiahi ku!

Peluang lebih cerah terbuka kepada gadis-gadis yang single, ya!

HUAHUAHUAHUAHUAHUA

Okey, serius.

Sudah 19 tahun ku hidup... Ku harap akan terus hidup ntuk 190 tahun akan datang lagi. Dan kemudian, ntuk 1,900 tahun seterusnya. Dan tambah lagi 19,000 tahun lagi... dan lagi, dan lagi, dan lagi... InsyaALLAH.

InsyaALLAH, ku akan terus menulis. Semoga, paling kurang, ku akan dapat melahirkan satu buku ntuk setiap satu tahun kehidupan ku yang seterusnya.

InsyaALLAH, ku akan menemui seseorang yang akan sama-sama menemani hidup ku, sebagai cinta ku, kekasih ku, jodoh ku, isteri ku.

Er, sedikit tacing di situ... huahuahuahua

InsyaALLAH, ku akan ingat BESTday ku sendiri nanti. Dan ku akan ucap, 'SELAMAT ULANG TAHUN KE-19, Pingu Toha!'

Setiap tahun adalah tahun kesembilanbelas ntuk ku. HUAHUAHUAHUAHUAHUA